Want your
own Fotopage?






 
Welcome to aisyahumaira's FotoPage

By: aisya humaira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-May-2008 11:30 Email | Share | Bookmark
batu karang dalam hempedu

dah agak lama tak update..baru2 ni agak sibuk sikit ngan aktiviti di sekolah.last week sekolah anjurkan hari keusahawanan.so kamek ditugaskan untu mengendalikan jualan gerai burger.berpeluh-peluhla kami hari tu.peluh sampai ke keting.semangat punya pasal.tapi tak dapat apapun..takpelah yang penting dapat kepuasan dan pengalaman
dua tiga hari lepas pulak,busy ke hospital.adik disahkan menghidap batu karang dalam hempedu .mak kat kampung tengah demam,tak dapatla turun kl.memandangkan saya satu2 nya adik beradik kat kl,so kenala bagi tumpuan lebih.kesian kat anak2 adiklah(izham n fahmi).izham baru je dilahirkan,umur 50 hari.Sabarlah sayang ye..ini ujian datang dari Allah untu hamba2nya.

kat bawah ni disertakan sedikit bahan bacaan tentang penyakit batu karang dalam hempedu sebagai pengajaran untuk kita semua.semoga kita dijauhkan oleh Allah dari segala penyakit..Aminn

Batu Karang Dalam Hempedu
Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu
Pembedahan membuang pundi

Doktor-doktor sering kali menemui ‘batu-batu senyap’ ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk ‘tunggu dan lihat’ daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

* Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

* Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:

* Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-

batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

* Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net