Welcome to aisyahumaira's FotoPage

By: aisya humaira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Sunday, 31-Aug-2008 09:40 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan

Assalamualaikum...apa kabar teman2 yang sentiasa diingati..dah agak lama tak update fp..biasalah ..seribu satu macam perkara yg dilalui stiap hari hingga tak smpt nk update.Kali ni just take time to wish all selamat menyambut bulan mulia ramadhan almubarak.Moga ramadhan kali ini dapat kita jalani dengan sebaiknya...



Thursday, 10-Jul-2008 08:27 Email | Share | | Bookmark
Tips pilih kemeja

Tengok pada tajuk tu, macamlah pandai sangat nak bagi tips.Lagipun bukannya penasihat kecantikan pun.Tapi saje je nak share & sebagai panduan untuk diri sendiri.Nanti nak beli kemeja untuk hubby ke,boyfriend ke & etc leh le pakai panduan ni.Coz kemeja bukan hanya sehelai pakaian. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal.Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat.Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tip berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat.

1. Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

2. Manset (cuff)
Penting untuk anda tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja.Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French cuff dan Barrel cuff. Bagi kemeja French cuff, memerlukan pemakai menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel cuff telah diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa di pakai untuk ke pejabat.

3. Fabrik
Setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan kualitinya dan dapat mencipta tekstur. Anda perlu tahu memilih fabrik kemeja yang bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Fabrik kapas adalah paling sesuai untuk cuaca panas. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik (polister, rayon dan nilon) semakin popular. Anda juga perlu tahu, setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan sama ada ia sesuai untuk pemakaian formal atau tidak. Kapas antara fabrik paling sesuai untuk kemeja formal. Mengetahui jenis-jenis fabrik ini membolehkan kamu membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup.

4. Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan
renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpane dan Pastel.

5. Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

6. Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.



Wednesday, 9-Jul-2008 20:47 Email | Share | | Bookmark
LAGI RENUNGAN BERSAMA

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK oleh WANITA

Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na’uzubillah,artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.

PERTAMA – AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya emasa di dunia, iaitu tidak memberikan segaa keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan tarik oleh anak perempuannya. .

KEDUA – SUAMINYA

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA – ABANG-ABANGNYA

Apabila ayah sudha tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu memuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya..
Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan merea yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
“HAI ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLIMU DARIPADA API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU…”

Kaum wanita, kasihilah ayahmu, suamimu, abang-abang dan anak-anak lelakimu. Kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T. bersungguh-sungguh dan ikhlas.





Wednesday, 9-Jul-2008 10:29 Email | Share | | Bookmark
Renungan bersama

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak.... .

"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisandi tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa
Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah

s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the
first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah
sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya
bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk
kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2
dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita
senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah
sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,

kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, danmerejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari,kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang
kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum
berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu maran tentang
kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang
dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah
antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah
berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit
antibodi sahaja, jadi dengan itu ukumannya direjam hingga mati agar dia
tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi
yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi(cube) . Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat
kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat
terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak
maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan
Syafi'i,melambangka n kebenaran keempat-empat Imam tersebut. Sekian buat
renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah



Monday, 7-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
BreAthiNg tHerApHy

Jom kita tryyyyyy - "Breathing Therapy"

The nose has a left and a right side,; we use both to inhale and exhale. Actually they are different, you would be able to feel the difference.The right side represents the sun, left side represents the moon. During a headache, try to close your right nose and use your left nose to breathe.In about 5 mins, your **headache** will be gone. If you feel tired, just reverse, close your left nose and breathe through your right nose. After a while, you will feel your mind is re-freshed .Right side belongs to 'hot', so it gets heated up easily, left side belongs to 'cold'. Most females breathe with their left noses, so they get cooled off" faster. Most of the guys breathe with their right noses, they get worked up.Do you notice the moment we wake up, which side breathes faster? Left or right? If left is faster, you will feel tired. So,close your left nose and use your right nose for breathing, you will get refreshed quickly. This can be taught to kids, but it is more effective when practised by adults.I used to have bad headaches and was always visiting the doctor. There was this period when I suffered headache literally every night, and unable to study. I took painkillers, but did not work. I decided to try out the breathing therapy here: closed right nose and breathed through left nose.In less than a week, my headaches were gone! Icontinue the exercise for one month.This alternative natural therapy without medication is something that Ihave experienced.

Interesting gak senaman ni.citer ni diambil dari email yg diforward sorg kawan.Saje paste kat sini untuk dikongsikan bersama.So, why not give it a try ?



__._,_.___


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net